//Miss ekha//
Kehidupan

Assalamualaikum and Hello,
Walaupun aku tahu tiada siapa pun yang membaca entry blog ini,
Tapi aku nak tulis juga. Sebab salah satu kepuasan utk aku meluahkan rasa yang terbuku dihati.
Cehhhhh.

Terkadang aku merasa kebahagian tu bukanlah milik aku. Sebab selalunya masalah sahaja yg setia dalam hidupku. Adakah ini salah ibu mengandung ?Ataupun ujian Allah untuk hambanya yang mampu mengatasinya. Dalam beberapa tahun yang lalu, banyak sangat perkara yg terjadi dalam hidupku. Perkara yang tak masuk akal dan tak layak untuk dihadapi oleh seorang remaja yang berumur belasan tahun. Tapi aku selalu ingatkan diri aku bahawa ada orang yang lagi susah dan bermasalah dari aku. Aku kadang kadang jeles juga dengan segenlintir kawan2 aku yg hidup tiada masalah. Enjoy sajaa. Tapi bukan aku.

Setiap kali aku jumpa dia, mesti aku rasa macam nak marah yang sangat sangat. Sebabkan dia hidup kami jadi macam ni. Tapi hati aku ni cepat sangat lembut. Rasa sebak bila aku nampak balasan yang Allah beri terang-terangan berlaku depan mata aku. Aku tak sekejam dia. Tapi wajarkah aku untuk memaafkan orang yang pernah merosakkan kehidupan kami, malah mensia-siakan kami sewaktu kami kecil. Sekelumit rasa bersalah pun tidak pernah wujud dalam diri dia. Bila nak dipikirkan balik, manusia tidak lari dari kesilapan. Aku harap dan berdoa, dia betul betul berubah demi Allah, diri sendiri dan buat keluarganya.


Older Post | Newer Post
Hello !


Hi friends , im Ekha ! Welcome to my blogg . Tenkiu


Navigations !
Daisypath Friendship tickers

Pauls Link Tales


Misstee !
Facebook , Twitter

Instagram